Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu selama hampir sebulan muncul juga. Hari ni ak akan bercuti ke Pulau Redang bersama-sama pelajar-pelajar MSc (orang2 tua) supervisor ak. huhu. Tak sabar dan bedebarnya rasa hati ni. Tak sabar sebab nk bercuti, berdebar lak sebab memikirkan kerja-kerja disini. Selain dari itu, kami akan ke Terengganu menggunakan kereta persendirian disebabkan nk jimat kos percutian. Walaupun kereta ak dah service, tp kalau jalan jauh2 ni mesti ak akan rasa bedebar-debar sebab takut sesuatu yang tidak di ingini berlaku. Yela org kata kita hanya mampu merancang, tapi Allah la yang akan menentukan segala-galanya.
Percutian kami kali ini akan mengambil masa lebih kurang 5 hari (8-13 Mei 2009). Bermulanya dengan pergerakkan kami dari kampus ke pit stop pertama (rumah zamani) di Kulim bagi mengambilnya dan seterusnya ke rumah abe di Kota Baharu, Kelantan. Kami akan bermalam sebentar di sana dan akan meneruskan perjalanan kami ke Kuala Terengganu pada subuh ke esokkan harinya. Kenapa KT dan bukan Merang??? Jawapan nya senang jer... Kawan zamani ada rumah dekat KT so leh ar ak parking keta kat situ walaupun untuk ke Pulau Redang dari KT agak jauh dan memakan masa.
Dianggarkan feri dari KT ke Pulau Redang dalam pukul 10 pagi, 9hb. So bila tiba jer kat Pulau Redang kami akan menghabiskan masa lebih kurang 3 malam (9-12 Mei 2009). Kami akan berehat di Berjaya Hotel sebelah malamnya dan mencari aktiviti2 di sebelah pagi nya. Yang peliknya cuti-cuti kali ini, kami tak mengambil sebarang package percutian, just sewa hotel jer. Aktivit2 yang akan dilakukan, akan dicari semasa kami di pulau nanti...hopefully la ada dan murah...huhu.
Neway, aim ak cuti2 malaysia kali ni sebenarnya adalah untuk mengambil gambar. Nak berlatih dan juga meningkatkan lagi kualiti atau teknik mengambil gambar ak. Insya Allah gambar2 yang ak akan snap, akan ak masukkan kedalam post yang lain. Ok, selesai 3 malam di Pulau Redang, kami akan memulakan perjalanan pulang dari KT ke KB semula pada 12 hb nya. Tapi insya Allah 12hb tu kami plan nk pusing2 terengganu. Kalau leh ak nk melawat masjid kristal yang macam2 ak dengar dari kawan2 ak...huhu. Setelah pusing2 Terengganu dan bermalam di KB, kami akan memulakan perjalanan pulang ke Kulim (hantar zamani balik) dan terus balik ke Parit Buntar pada 13hb nya.
Apa yang agak menariknya percutian kali ini, kos awal yang dianggarkan hanyalah RM450. Eh jangan kata ak membaziri duit lak. Yela karang ada lak yang kata mentang2 la dapat duit latihan industri (LI) hari tu dari KPT terus jer jalan2. Bukan begitu kisah nya...Duit untuk jalan2 kali ni sebenarnya dah lama ak simpan. Masa ak belajar hari tu, ak buat kerja sambilan sebagai pembantu penyelidik (RA) selama 3 bulan. So duit untuk berjalan-jalan kali ini sebenarnya merupakan gaji dari RA tersebut bagi bulan Mac. Ha...dari situ ler sebenarnya ak dapat duit. huhu. Ok lah...sampai sini sahaja dulu laporan awal cuti2 Malaysia ak kali ini. Doakan ak selamat pergi dan selamat kembali ek...Jumpa lagi...huhu









