Pada 19 April sekali lagi Pikom PC Fair telah kembali ke Penang International Sports Arena (PISA). Seperti biasa ak mengambil peluang untuk pergi melihat teknologi2 baru yang di pamerkan disana. Kami bertolak pada pukul 11.30 pagi dan sampai lebih kurang pukul 12.30 setelah berhenti mengisi perut yang kosong. Setibanya disana kami berpeluang melihat kenderaan keluaran Proton yang terbaru iaitu Proton Exora. Ak amat kagun dengan perkembangan teknologi di Malaysia sekarang ni. Walaupun ada yang mengatakan yang design Proton Exora tu adalah design Lotus, tp mereka lupa yang Lotus adalah milik Proton. So in other word its still Malaysian. Malaysia Boleh!!!...huhu. Ak melihat pada enjin kendaraan tersebut dan bagi pendapat ak ia agak kemas berbanding dengan enjin2 yang terdahulu. Masa ak mengintai-intai di ruangan enjin tersebut ak agak terkejut kerana disatu sudut ak telihat sesuatu yang sebelum ini ak hanya nampak di kereta Mercedes. "Aik kereta ni ada ABS..." kata hati ku. Kagum2...huhu

Lepas puas melihat kenderaan tersebut, kami pun masuk lah pisa dan memulakan tour kami. Seperti biasa kehadiran pelawat2 agak ramai dan kadang2 tu ak rasa cam sardin lak. Naik lemas ak duduk kat situ. Tp yang betul2 ak rasa x puas hati adalah semasa melalui bahagian jualan broadband. Ye la org yg promote punya la ramai. Ada lebih kurang 5 syarikat dan promoter setiap syarikat boleh dikatakan lebih dari 10 org. Lepas tu dok tahan2 org plak. Mau x hangin ak jadinya. Tp dgn kelebihan muka serius ak, ak berjaya mengelakkan diri daripada ditahan oleh promoter2 tersebut. Lepas jer dari bahagian broadband tu, ak rasa lega dan semangat balik nk melihat teknologi2 IT yang ada....huhu.
Pada pendapat ak, PC Fair kali ni kurang menarik sikit berbanding dengan yg sebelum nya disebabkan x banyak teknologi2 baru yang di pamerkan. Maybe sebab kegawatan ekonomi kut diorg rasa membazir pamerkan barangan yang org xkn beli. Neway harapan ak untuk melihat sistem komputer yang dilengkapi dengan Intel CI7 atau Core I7 tidak kesampaian. Core I7 merupakan sebuah microprocessor yang mempunyai 4 physical core dan 2 logical core bagi setiap physical core nya. Dalam erti kata yang lain, Core I7 ni mempunyai 8 core. Melepas peluang ak nk tgk. Sob3.
Walaupun aim ak x kesampaian tp ak bersyukur masa pergi ke PC Fair ak berpeluang berjumpa rakan2 ak dari sek menengah, matrik dan juga senior2 ku di USM dulu. Lama tul x jumpa diorg. Bila ditanya, fuh semuanya sudah bekerjaya. Ak jer yang x habis2 belajar lagi...huhu. Pernah org tanya ak bila nk kerja. Jawapan ak senang jer. Bila ak dah mula jemu menuntut ilmu di universiti dan semangat bekerja ak muncul. (jawapan cam aper je kan??) hehe. Neway masa besembang ngan diorg ni, terkenang kembali kenangan2 masa dulu. Sedih jer bila dikenangkan kembali. Masa ak kenangkan tu tetiba ak teringat sesuatu. Ak sekarang dah ditahun akhir pengajian ak. Tak lama lagi tinggal kenangan jer la semua ni. Sedih rasanya nk tinggalkan kawan. Ye la, 4 tahun kat USM macam2 aktiviti yang ak buat bersama diorg. Lepas ni semua akan berpecah ke tempat lain mengikut kehendak hati mereka. erm... Takpe la sedih2 gak tp apa leh buat.


