Friday, 8 May 2009

Cuti-cuti Malaysia...

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu selama hampir sebulan muncul juga. Hari ni ak akan bercuti ke Pulau Redang bersama-sama pelajar-pelajar MSc (orang2 tua) supervisor ak. huhu. Tak sabar dan bedebarnya rasa hati ni. Tak sabar sebab nk bercuti, berdebar lak sebab memikirkan kerja-kerja disini. Selain dari itu, kami akan ke Terengganu menggunakan kereta persendirian disebabkan nk jimat kos percutian. Walaupun kereta ak dah service, tp kalau jalan jauh2 ni mesti ak akan rasa bedebar-debar sebab takut sesuatu yang tidak di ingini berlaku. Yela org kata kita hanya mampu merancang, tapi Allah la yang akan menentukan segala-galanya.

Gambar HDR ak yang ke 3

Percutian kami kali ini akan mengambil masa lebih kurang 5 hari (8-13 Mei 2009). Bermulanya dengan pergerakkan kami dari kampus ke pit stop pertama (rumah zamani) di Kulim bagi mengambilnya dan seterusnya ke rumah abe di Kota Baharu, Kelantan. Kami akan bermalam sebentar di sana dan akan meneruskan perjalanan kami ke Kuala Terengganu pada subuh ke esokkan harinya. Kenapa KT dan bukan Merang??? Jawapan nya senang jer... Kawan zamani ada rumah dekat KT so leh ar ak parking keta kat situ walaupun untuk ke Pulau Redang dari KT agak jauh dan memakan masa.

Kampus ku dikala senja...

Dianggarkan feri dari KT ke Pulau Redang dalam pukul 10 pagi, 9hb. So bila tiba jer kat Pulau Redang kami akan menghabiskan masa lebih kurang 3 malam (9-12 Mei 2009). Kami akan berehat di Berjaya Hotel sebelah malamnya dan mencari aktiviti2 di sebelah pagi nya. Yang peliknya cuti-cuti kali ini, kami tak mengambil sebarang package percutian, just sewa hotel jer. Aktivit2 yang akan dilakukan, akan dicari semasa kami di pulau nanti...hopefully la ada dan murah...huhu.

Kampus ku di pagi subuh...

Neway, aim ak cuti2 malaysia kali ni sebenarnya adalah untuk mengambil gambar. Nak berlatih dan juga meningkatkan lagi kualiti atau teknik mengambil gambar ak. Insya Allah gambar2 yang ak akan snap, akan ak masukkan kedalam post yang lain. Ok, selesai 3 malam di Pulau Redang, kami akan memulakan perjalanan pulang dari KT ke KB semula pada 12 hb nya. Tapi insya Allah 12hb tu kami plan nk pusing2 terengganu. Kalau leh ak nk melawat masjid kristal yang macam2 ak dengar dari kawan2 ak...huhu. Setelah pusing2 Terengganu dan bermalam di KB, kami akan memulakan perjalanan pulang ke Kulim (hantar zamani balik) dan terus balik ke Parit Buntar pada 13hb nya.

Gambar mengingatkan ak supaya jangan mengadili sesuatu tu berdasarkan maklumat dari sebelah pihak sahaja. Gambar ni sebenarnya hanya pokok biasa yang ada diblok desasiswa. Walaupun dari atas nampak biasa, tapi dengan mengubah cara kita melihat sesuatu, ia cantik sebenarnya...

Apa yang agak menariknya percutian kali ini, kos awal yang dianggarkan hanyalah RM450. Eh jangan kata ak membaziri duit lak. Yela karang ada lak yang kata mentang2 la dapat duit latihan industri (LI) hari tu dari KPT terus jer jalan2. Bukan begitu kisah nya...Duit untuk jalan2 kali ni sebenarnya dah lama ak simpan. Masa ak belajar hari tu, ak buat kerja sambilan sebagai pembantu penyelidik (RA) selama 3 bulan. So duit untuk berjalan-jalan kali ini sebenarnya merupakan gaji dari RA tersebut bagi bulan Mac. Ha...dari situ ler sebenarnya ak dapat duit. huhu. Ok lah...sampai sini sahaja dulu laporan awal cuti2 Malaysia ak kali ini. Doakan ak selamat pergi dan selamat kembali ek...Jumpa lagi...huhu

Tuesday, 5 May 2009

Tajuk oh Tajuk...

Hari ni merupakan hari yang agak memeningkan kepala ak. Benda yang nampak mudah tp mampu memeningkan kepala dan mengkucar-kacirkan hidup...adeh. Supervisor aku memberikan pilihan kepada aku untuk memilih tajuk bagi MSc ak usendiri bedasarkan kepada bidang yang aku minati. Mula-mula aku assume pilih tajuk ni macam pilih baju, main ambik jer mana yang agak best...huhu. Namun aku silap. Aku silap kerana aku ambil mudah pekaran yang aku rasakan mudah tapi impaknya jika aku tersalah membuat pilihan sekarang amat tinggi dan akan menyusahkan aku di kemudian hari.

Gambar yang telah di edit menggunakan kaedah High dynamic range (HDR) yang aku sempat belajar tgh hari tadi utk menghilangkan keserabutan otak aku...huhu

Pada mulanya ak bercadang untuk membuat penyelidikkan mengenai barah pangkal rahim kerana algorithma pengelompokkan bagi penyelidikan tersebut telah ak gunakan pada projek tahun akhir aku. Namun setelah berjumpa dan berbincangan dengan supervisor aku, terdapat pelajar lain yang sedang melakukan penyelidikan yang hampir kurang sama. Oleh yang sedemikian supervisor aku mencadangkan supaya aku membuat penyelidikan mengenai sperma tikus. Setelah selesai berbincang, aku pun terus jer setuju kerana pada pendapat aku ia agak mudah. Selepas perbincangan, ak balik semula ke lab dan terus cari maklumat mengenai tajuk yang telah diberikan.

Keindahkan alam dapat menenangkan hati kita...

Tak ku sangka, tajuk yang aku rasa mudah itu rupa-rupanya merupakan tajuk yang amat lah susah kerana pembangunannya masih baru di sini dan masih memerlukan banyak perhatian. Setelah menyedari pekara tersebut, aku kembali berjumpa dengan supervisor aku bagi membincangankan penukaran tajuk kerana aku rasa amat sukar bagi aku untuk melaksanakan penyelidikkan ak berdasarkan kepada tajuk tersebut. Setelah berbincang, keluar la pulak tajuk baru iaitu penyelidikkan mengenai aggregate (batu grannit). Mula-mula ak setuju dan sebab senang. Siapa yang tak mahu benda senang kan...???...huhu. Tapi bila ak fikirkan balik macam tak best la pulak benda yang senang ni. Sebab nanti macam takda cabaran jer masa aku nak buat penyelidikkan ak tu. Oleh sebab tu la, aku masih lagi blur mengenai tajuk MSc aku sehingga la sekarang. Tajuk...oOo...tajuk...
savesavesave

Monday, 4 May 2009

A New Line In A New Chapter...

Alhamdulilah...selesai sudah hari pertama aku sebagai seorang pembantu penyelidik di PPK Elektrik dan Elektronik. Masuk lab pukul 10 pagi, rehat pukul 12 tengah hari then masuk balik pukul 2.30 dan mengakhiri hari tersebut pada pukul 5.30 ptg. Hari ni agak letih disebabkan aku agak kalut di pusat pengajian. Kalut mengkonfigurasi network bagi laptop aku dan juga peralatan-peralatan yang aku akan gunakan bagi penyelidikkan aku. Tp sekali lagi aku bersyukur sebab kebanyakkan benda yang aku aim pagi tadi tercapai gak kecuali satu iaitu hasrat untuk bejumpa dekan bagi menguruskan pinjaman barang. Tp nasib baik la supervisor aku faham dan suruh aku gunakan dahulu peralatan-peralatan yang ada.

Menenangkan hati melalui keindahan ciptaan-Nya...

Task yang pertama di berikan kepada ak adalah supaya menyiapkan proposal bagi memohon fellowship USM dan juga membuat journal mengenai projek tahun akhir ak dahulu sebelum ak bercuti ke Pulau Redang pada hari Jumaat ini. Aku ni dah la seorang insan yang malas menulis sebenarnya. Susah bagi aku hendak menyapaikan sesuatu melalui tulisan ni. Aku lebih senang menyapaikan secara lisan sebab lebih mudah bagi aku untuk fahamkan seseorang melalui intonasi-intonasi yang berbeza dari percakapan aku (ak rasa jer la)....huhu. Tapi apa mampu aku lakukan, terpaksa la pasrah sahaja dengan apa berlaku dan cuba sedaya upaya aku untuk melakukan yang terbaik.

Sunday, 3 May 2009

New Chapter In My Life...

Yeah...berakhir sudah bulan April 2009. Bulan terakhir bagi ak bergelar mahasiswa ijazah pertama di Universiti Sains Malaysia (cuba xnk rasa sedih). 4 tahun ak berada di USM, tp sekarang ak rasa 4 tahun tu macam 4 bulan jer...huhu. Neway banyak pengalaman dan juga ilmu baru yang ak pelajari sepanjang ak di USM. Dari mula ak menjejakkan kaki di bumi Kampus Kejuruteraan, USM pada tahun 2005 dimana ak masih lagi seorang budak hingusan sehingga lah tamat pengajian selama 4 tahun. Jutaan terima kasih ak ingin ucapkan kepada semua rakan2, abang2, kakak2, makcik2, pakcik2, lecturer2 dan siapa2 sahajalah yang ak kenali sepanjang ak di USM ni. Kepada PALAPES Udara USM, MPDJ (2005/2006), SEE (2005-2009) dan MPP (2007/2008) terima kasih diatas peluang dan pengalaman yang diberikan. Banyak sebenarnya kalau nak di ceritakan pengalaman ak di USM. Dah hampir 2 minggu ak cuba nk postkan pengalaman2 tu, tp bila ak mula jer nk ingat kembali, ak secara automatik menjadi sedih. Bukan sedih kerana pengalaman2 itu. Tp ak sedih diatas kenangan yang di tinggalkan oleh pengalaman2 tu. Huhu... Neway insya Allah jika ada kesempatan ak akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai pengalaman2 tersebut dimasa hadapan terutamanya pengalaman ak semasa di bumi China seperti yang di minta oleh seorang insan tu.


Well, setalah April berlalu, Mei pula mula menjelma. Apabila bermulanya Mei, maka bermula lah Bab baru dalam kehidupan ku. Kehidupan baru sebagai seorang Pegawai Penyelidik (RO). Ruangan kuib telah disediakan di salah sebuah bilik siswazah lanjutan lebih kurang seminggu, buku2 dan alat2 yang akan digunakan bagi menjalankan penyelidikkan ak telah ak pindahkan ke ruangan kiub tu, hanya ak jer yg x duduk2 lagi dekat ruangan kiub ak tu. Huhu. Insya Allah 4/5/2009 ak mula lah menghabiskan masaku di kiub tu sebab kalau mengikut borang yg telah dihantar, tarikh bermulanya kerja ak sebagai RO adalah pada tarikh tersebut. So kena lah mula ontime kan. Huhu...Erm cukup lah sampai sini buat seketika (ak x tahu apa yg nak ditulis. banyak sangat, tak tahu nk pilih mana satu). hehe. Neway all da best for all of you...