Alhamdulilah...selesai sudah hari pertama aku sebagai seorang pembantu penyelidik di PPK Elektrik dan Elektronik. Masuk lab pukul 10 pagi, rehat pukul 12 tengah hari then masuk balik pukul 2.30 dan mengakhiri hari tersebut pada pukul 5.30 ptg. Hari ni agak letih disebabkan aku agak kalut di pusat pengajian. Kalut mengkonfigurasi network bagi laptop aku dan juga peralatan-peralatan yang aku akan gunakan bagi penyelidikkan aku. Tp sekali lagi aku bersyukur sebab kebanyakkan benda yang aku aim pagi tadi tercapai gak kecuali satu iaitu hasrat untuk bejumpa dekan bagi menguruskan pinjaman barang. Tp nasib baik la supervisor aku faham dan suruh aku gunakan dahulu peralatan-peralatan yang ada.
Task yang pertama di berikan kepada ak adalah supaya menyiapkan proposal bagi memohon fellowship USM dan juga membuat journal mengenai projek tahun akhir ak dahulu sebelum ak bercuti ke Pulau Redang pada hari Jumaat ini. Aku ni dah la seorang insan yang malas menulis sebenarnya. Susah bagi aku hendak menyapaikan sesuatu melalui tulisan ni. Aku lebih senang menyapaikan secara lisan sebab lebih mudah bagi aku untuk fahamkan seseorang melalui intonasi-intonasi yang berbeza dari percakapan aku (ak rasa jer la)....huhu. Tapi apa mampu aku lakukan, terpaksa la pasrah sahaja dengan apa berlaku dan cuba sedaya upaya aku untuk melakukan yang terbaik.

No comments:
Post a Comment