Sunday, 3 May 2009

New Chapter In My Life...

Yeah...berakhir sudah bulan April 2009. Bulan terakhir bagi ak bergelar mahasiswa ijazah pertama di Universiti Sains Malaysia (cuba xnk rasa sedih). 4 tahun ak berada di USM, tp sekarang ak rasa 4 tahun tu macam 4 bulan jer...huhu. Neway banyak pengalaman dan juga ilmu baru yang ak pelajari sepanjang ak di USM. Dari mula ak menjejakkan kaki di bumi Kampus Kejuruteraan, USM pada tahun 2005 dimana ak masih lagi seorang budak hingusan sehingga lah tamat pengajian selama 4 tahun. Jutaan terima kasih ak ingin ucapkan kepada semua rakan2, abang2, kakak2, makcik2, pakcik2, lecturer2 dan siapa2 sahajalah yang ak kenali sepanjang ak di USM ni. Kepada PALAPES Udara USM, MPDJ (2005/2006), SEE (2005-2009) dan MPP (2007/2008) terima kasih diatas peluang dan pengalaman yang diberikan. Banyak sebenarnya kalau nak di ceritakan pengalaman ak di USM. Dah hampir 2 minggu ak cuba nk postkan pengalaman2 tu, tp bila ak mula jer nk ingat kembali, ak secara automatik menjadi sedih. Bukan sedih kerana pengalaman2 itu. Tp ak sedih diatas kenangan yang di tinggalkan oleh pengalaman2 tu. Huhu... Neway insya Allah jika ada kesempatan ak akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai pengalaman2 tersebut dimasa hadapan terutamanya pengalaman ak semasa di bumi China seperti yang di minta oleh seorang insan tu.


Well, setalah April berlalu, Mei pula mula menjelma. Apabila bermulanya Mei, maka bermula lah Bab baru dalam kehidupan ku. Kehidupan baru sebagai seorang Pegawai Penyelidik (RO). Ruangan kuib telah disediakan di salah sebuah bilik siswazah lanjutan lebih kurang seminggu, buku2 dan alat2 yang akan digunakan bagi menjalankan penyelidikkan ak telah ak pindahkan ke ruangan kiub tu, hanya ak jer yg x duduk2 lagi dekat ruangan kiub ak tu. Huhu. Insya Allah 4/5/2009 ak mula lah menghabiskan masaku di kiub tu sebab kalau mengikut borang yg telah dihantar, tarikh bermulanya kerja ak sebagai RO adalah pada tarikh tersebut. So kena lah mula ontime kan. Huhu...Erm cukup lah sampai sini buat seketika (ak x tahu apa yg nak ditulis. banyak sangat, tak tahu nk pilih mana satu). hehe. Neway all da best for all of you...


No comments:

Post a Comment