Hari ni merupakan hari yang agak memeningkan kepala ak. Benda yang nampak mudah tp mampu memeningkan kepala dan mengkucar-kacirkan hidup...adeh. Supervisor aku memberikan pilihan kepada aku untuk memilih tajuk bagi MSc ak usendiri bedasarkan kepada bidang yang aku minati. Mula-mula aku assume pilih tajuk ni macam pilih baju, main ambik jer mana yang agak best...huhu. Namun aku silap. Aku silap kerana aku ambil mudah pekaran yang aku rasakan mudah tapi impaknya jika aku tersalah membuat pilihan sekarang amat tinggi dan akan menyusahkan aku di kemudian hari.

Gambar yang telah di edit menggunakan kaedah High dynamic range (HDR) yang aku sempat belajar tgh hari tadi utk menghilangkan keserabutan otak aku...huhuPada mulanya ak bercadang untuk membuat penyelidikkan mengenai barah pangkal rahim kerana algorithma pengelompokkan bagi penyelidikan tersebut telah ak gunakan pada projek tahun akhir aku. Namun setelah berjumpa dan berbincangan dengan supervisor aku, terdapat pelajar lain yang sedang melakukan penyelidikan yang hampir kurang sama. Oleh yang sedemikian supervisor aku mencadangkan supaya aku membuat penyelidikan mengenai sperma tikus. Setelah selesai berbincang, aku pun terus jer setuju kerana pada pendapat aku ia agak mudah. Selepas perbincangan, ak balik semula ke lab dan terus cari maklumat mengenai tajuk yang telah diberikan.
Tak ku sangka, tajuk yang aku rasa mudah itu rupa-rupanya merupakan tajuk yang amat lah susah kerana pembangunannya masih baru di sini dan masih memerlukan banyak perhatian. Setelah menyedari pekara tersebut, aku kembali berjumpa dengan supervisor aku bagi membincangankan penukaran tajuk kerana aku rasa amat sukar bagi aku untuk melaksanakan penyelidikkan ak berdasarkan kepada tajuk tersebut. Setelah berbincang, keluar la pulak tajuk baru iaitu penyelidikkan mengenai aggregate (batu grannit). Mula-mula ak setuju dan sebab senang. Siapa yang tak mahu benda senang kan...???...huhu. Tapi bila ak fikirkan balik macam tak best la pulak benda yang senang ni. Sebab nanti macam takda cabaran jer masa aku nak buat penyelidikkan ak tu. Oleh sebab tu la, aku masih lagi blur mengenai tajuk MSc aku sehingga la sekarang. Tajuk...oOo...tajuk...

hah..!! tetibe je ada blog.. hurm..
ReplyDeletehttp://www.nikillas.co.cc